Saturday, January 31, 2009

Sepetang di KB

Sebenarnya ikut hati aku malas nak jalan maklumlah cuaca panas. Tapi aku terpaksa pegi jugak bila adik manja aku berkali-kali ajak walaupun aku buat bo-layan. Katanya nak beli buku. Hurm dak sekolah tak habis-habis dengan buku. Naik muak makcik.. Spupu aku yang kebetulan cuti pon nak merendek skali. Pas tu mula la anak-anak sdara aku nak ikut jugak sebab kita plan nak g maen boling.. Nak tahu apa jadi, last-last semua ikut dah macam kereta sewa je aku rasa. Tapi aku sebagai pemandu berhemah dah bagi sedikit pesanan ringkas “Ha, yang duk kat blakang tu pakai tali pinggang, kalau kena saman korang bayar sendiri. Mokdeq tak keje lagi ni.” Haha. Jahat tak aku?? Diorang duk sengih-sengih kat belakang. Huh menyampah aku..hehehe. Rasanya kalau pakcik polis tahan mau kaya diorang, yela sorang bayar rm300, kalau 5 orang dah rm1500. Wohooo mau bankrup makcik.

Aku pegi ne tak bajet pun nak beli barang. Yela duit dah makin susut beb, mana mau korek. Kalau boleh korek kan senang tak payah la aku susah-susah nak keje. Tapi sambil-sambil tunggu anak-anak buah pilih buku, aku pun usha-usha la jugak kot-kot ade yang berkenan di hati. Akhirnya aku terpikat sudah dengan sorang mamat ne. Hurm macam bagus je dia ne, muka pun hensem boleh tahan. Aku akan pastikan dia jadi milik aku sepenuhnya, tak nak share ngan sapa-sapa eh. Nak tau sapa??


Ne la orangnya, Tony Parsons. Macam besh ke buku ne tajuk dia ‘My Favourite Wife’. Suatu hari nanti aku pun akan jadi wife orang, kira persediaan awal la ne sebab tu majalah Wanita pun kena baca. Auwww..

Ini pulak buku adeq aku, bukan buku aku erk. Buat apa la aku nak baca buku PMR. Zaman-zaman baca teks- hafal – short note – exam dah lama berlalu. Sungguh meletihkan. Tapi buat adeq-adeq kena berusaha ye jangan maen-maen. Sebab tu kita kena sogok diorang dengan buku-buku ne biar sampai muntah baca buku. :P

Dah penat jalan-jalan, perut mula la bernyanyi lagu hip hop. Lepas bincang nak makan kat mana, akhirnya aku setuju jugak nak makan benda ne. Nak buat macam mana dah budak-budak paksa.Ngeee..

KFC menjadi pilihan. Oit BOIKOT la!! Jangan salahkan aku. Tolong la.

Yummy. Baunye saje pun dah tak boleh tahan. Jom makan hari ne aku belanja. Hehe.

Apa yang dapat aku rumuskan KFC dah tak ramai yang makan kat sini. Mungkin sebab ramai yang menyahut seruan kerajaan memboikot barangan Israeli. Atau mungkin rakyat Malaysia dah kurangkan perbelanjaan tak perlu sebab keadaan kegawatan ekonomi sekarang. Boleh jadi jugak tak ramai sebab hari Jumaat, ramai yang pegi masjid time tu..hehe..





2 comments:

  1. tony parsons..

    mcm penah baca..kalo tak silap cter suami isteri pegi shanghai..an the hubby ada affair..emm..cter tu besh gak la..few star! try tajuk the family way...more bitchy okeh...heheheh

    anyway..prefer original than spicy..in case kalo nak belanja!

    ReplyDelete
  2. haah..yela tu, kte baru nak baca..hehehe..

    original??hohoho..anak sdare sy je mkn yg ori tu..
    spicy le bgus..

    ReplyDelete