Wednesday, April 22, 2009

Kehilangan yang menyedihkan

Mula-mula aku ingin mengucapkan takziah kepada my friend cik Ana sekeluarga di atas pemergian ibu kesayangan 2 hari lepas. Aku tau dia sedih, dan sapa-sapa pasti sedih terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang. Harap dia tabah menghadapi perpisahan ini. Mak dia meninggal selepas terlantar kat hospital kerana penyakit kencing manis. Uiii ne buat aku juga takut sebab family aku pun termasuk mak n mak sedara pun ada yang kencing manis ni. Arwah tok aku pun sakit sebab kemanisan juga. Senang cite keturunan kencing manis. So, aku kena berhati-hati sebab kemungkinan besar terkena tu ada. Dah la selalu makan dan minum benda manis-manis..Yarkkk..
Bercite pasal kehilangan ni, aku jugak kehilangan orang yang disayang sejak aku kecil lagi, masa tu umur dalam setahun jagung baru 'boleh kaki'. Arwah ayah pergi bulan puasa sebab perdarahan otak. Dan aku..tak sempat merasa kasih sayang seorang ayah. Thats why, sometime bila aku tengok kemesraan orang lain dengan ayah mereka buat aku cemburu. Tapi nak buat mcm mana, kenyataan tetap harus ditelan. Even sekarang step father ada, tapi bagi aku kasih sayang ayah kandung lebih beerti. Sebab tu la aku sayang sangat kat mak aku yang sejak kecil bertungkus-lumus perah keringat untuk membesarkan aku adik-beradik. Mungkin sebab tu juga aku jadi cukup sensitif bila ada yang menyentuh pengorbanan seorang ibu. Aku yang brutal ni boleh menangis beb..huhu..kalau member2 yang rapat ngan aku mungkin dah tau cane..hehe..Mak jasamu tak mungkin aku lupa. Sekarang, kalau boleh aku nak bahagiakan orang-orang yang menyayangi aku.



Sedekahkan Al-Fatihah untuk Mak Ana, My Father, Tok dan mereka yang telah pergi. Moga Roh mereka tenang dan berada dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

No comments:

Post a Comment