Monday, February 8, 2010

papadom vs tempe

Hye lama betol xmengedet..eheks.

entri sebelum ne aku ade janji nak citer sumthin, so
berkisar pada tajuk entri ne ayuh kita terjah!! :D

Alhamdulillah syukur sebab hujung tahun 2009 aku akhirnya dah dapat tawaran sambung belajar. kat mane?? UTM, Skudai semestinya.hehe.
Ramai yang tanya aku kenapa pilih UTM?? Kenapa jauh sangat?? Kenapa tak sambung Sintok je?? huhu. Kadang2 cuak gak nak jawap pertanyaan2 rakyat jelata ne. Tapi jawapan aku senang je, dah aku apply tiba2 dapat terus aku pegi tanpa banyak soal. mudah dan padat. hehe. Tapi sebab kenapa aku beralih angin dari papadom ke tempe aka kedah ke sintok sebab aku nak rasa suasana baru. Nak try macam mana cara pembelajaran di Skudai ne sebab dah hampir 3 tahun aku 'bertapa' dalam hutan Shintok tu. hahaha.

2 bulan berlalu...

Apa yang aku boleh cakap, tempe tak kan pernah sama dengan rasa papadom.huhu.
Banyak benda yang tak sama dengan UUM, dari segi kolej, persekitaran, lecturer, orang2nye, peraturan banyak lorh kalo nak compare. Aku tak kata kt tempat baru tak bagus sebab mungkin aku dah terbiasa atau dah sebati dengan budaya tempat lama. Senang citer aku masih cintakan dan rindukan suasana di Sintok. Cintaku tertinggal di sempadan siam. hehe.


Sebab tu ada pepatah mengatakan "lain padang lain belalang" ye tak?? Walau apa pun, aku dah boleh sesuwai kan diri kat sini. Oh, syukur semuanya berjalan lancar walaupun ada gak masalah problem time mula2 daftar dulu. Apa pun cabaran yang datang aku jadikan sebagai pengalaman berharga. eheks.



P/s : Epi Chinese nu year (yang paling penting cuti nak balik kampung) aku nak makan keropok lekor pulak asyik kena paksa makan tempe je. hehehe. HUHAAAYYY!!! ;)

Tuesday, January 19, 2010

Yuhuuuu~

Oh no!!! Oh no!!!! Oh!! Oh!! hehehehe..
dah lama rupanya tak update blog.. Tunggu next entri dengan cerita-cerita sensasi
lagi ngetop dari cik kiah.. tata tutu..

Sunday, June 14, 2009

Sakit ke Penyakit??

Sleepless all da nite. Dah hampir seminggu aku mengalami sakit-sakit belakang. Rasa berdenyut-denyut mungkin disebabkan urat kejang, tu orang mgurut aku la cakap. huhu. Muda-muda dah sakit urat dowh macam makcik-makcik plak aku neh.

Aku ni jarang nak kena penyakit, tapi bila dah kena tu memang teruk. Sampai tak boleh bangun sebab sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Hari Jumaat lepas pegi la mengurut umah sedara aku, dia cakap "ishhh ne mesti teruk ney pasal jalan tegak semacam" . Nak bebaring pon tak boleh sakit sangat-sangat. Tapi dalam sakit-sakit tu ada lagi manusia yang tak berperasaan terus-terus menyakiti hati ini. Memang sadis rasanya. Air mata pasti mengalir bila aku ingat apa yang telah dia buat kat aku. Tahniah la sebab sedikit sebanyak dia dah menanamkan benih-benih BENCI dalam diri ini. AKu manusia yang berperasaan beb.

Pasal sakit belakang aku tu, lepas urut rasa okay sikit dah boleh gerak.Masalahnya aku tak boleh gelak kuat-kuat dowh, urat tu cam terik semacam je. Dah la kat ofis akak-akak sama abang-abang senget selalu wat lawak. Hahaha. Gelak slow-slow la. Betol la kot apa yang kawan aku cakap, urat kentoot dengan urat gelak aku dah tersimpul :P

Monday, June 1, 2009

Kembali Tenyum!! ngeee~

Quick update!! elOp wey. Lately ney, aku tersangat sangat sibok sampai aku telah mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang blogger. Kalau la blog ni orang mesti beliau dah majok-majok sama aku. Sorry ye Miss bloggies..:)

~1st JUNE 2009~
Dah masok 1bulan aku kat SBJ wes. Ko sedar tak tu??Ahaaa..At da start, aku malu-malu+tak manyak cakap+act like a snob person+make a CSI cases. :P Skodeng orang dulu baru buat penilaian cenggini cenggitu..:)

itu aje untuk hari ini. Bos datang..Cabottttttttttttttt!!!!!!!!!