Sunday, June 14, 2009

Sakit ke Penyakit??

Sleepless all da nite. Dah hampir seminggu aku mengalami sakit-sakit belakang. Rasa berdenyut-denyut mungkin disebabkan urat kejang, tu orang mgurut aku la cakap. huhu. Muda-muda dah sakit urat dowh macam makcik-makcik plak aku neh.

Aku ni jarang nak kena penyakit, tapi bila dah kena tu memang teruk. Sampai tak boleh bangun sebab sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Hari Jumaat lepas pegi la mengurut umah sedara aku, dia cakap "ishhh ne mesti teruk ney pasal jalan tegak semacam" . Nak bebaring pon tak boleh sakit sangat-sangat. Tapi dalam sakit-sakit tu ada lagi manusia yang tak berperasaan terus-terus menyakiti hati ini. Memang sadis rasanya. Air mata pasti mengalir bila aku ingat apa yang telah dia buat kat aku. Tahniah la sebab sedikit sebanyak dia dah menanamkan benih-benih BENCI dalam diri ini. AKu manusia yang berperasaan beb.

Pasal sakit belakang aku tu, lepas urut rasa okay sikit dah boleh gerak.Masalahnya aku tak boleh gelak kuat-kuat dowh, urat tu cam terik semacam je. Dah la kat ofis akak-akak sama abang-abang senget selalu wat lawak. Hahaha. Gelak slow-slow la. Betol la kot apa yang kawan aku cakap, urat kentoot dengan urat gelak aku dah tersimpul :P

No comments:

Post a Comment